Kontroversi : Shah Jaszle Kantoi Berhutang Dengan Neelofa.



Belum habis kontroversi berkenaan Shah Jaszle , terkini Shah Jaszle berdepan lagi satu masalah utama apabila pelakon , Neelofa menuntut hutangnya yang berjumlah RM5,000 supaya dibayar secepat mungkin.

Tuntutan tersebut dibuat menerusi SMS ringkas sejurus selepas Shah Jaszle menyerang dan memarahi Farah di sebuah restoran berdekatan bank, di Bangsar Utama minggu lepas. Pertemuan itu turut dihadiri oleh pihak media dan ibu Shah Jaszle sendiri. 

Menurut laman blog murai batu, Shah Jaszle telah menyalahgunakan SMS Neelofa itu dengan memberitahu kepada pihak media bahawa bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tetapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor telefon bimbit Neelofa.

Bagaimanapun, tindakan terburu-buru Shahz Jaszle itu memakan dirinya sendiri apabila salah seorang saksi yang turut berada di sana telah menerima SMS yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar SMS itu kepada Shahz Jaszle bukan untuk mencarinya tetapi untuk menuntut wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya suatu ketika dulu.

1 comment:

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda..
Satu pun jadilah. hehe.^^