Tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban, Sabtu lalu menyaksikan banyak keajaiban.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Barang rakan lain musnah
Antaranya, keajaiban yang berlaku ialah penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Selipar yang selalu digunakan arwah, yang selalunya ditinggalkan diluar, di bawa masuk dan disimpan didalam alamari sebelum kejadian, juga masih elok dan tersimpan rapi di dalam almari. Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
Lebih memeranjatkan, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
Apa yang berlaku pastinya mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Masya Allah ~ Untungnya dia :')
ReplyDeletesedih baca kisah budak nie..=(
ReplyDeletesubhanallah, kuasa Tuhan..
ReplyDeletesubhanallah, kuasa Tuhan..
ReplyDelete