1) Farah Anuar. Beliau terbuka hati tuk memakai tudung sekitar julai 2010. Alhamdulillah,nampak manis sangat kan. tercapai jugak hasrat arwah atuknya,walaupun tak sempat melihat farah bertudung.
2) Catriona Ross. Cat pula,kisahnya bermula tika dia teman kawannya ke butik tudung. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah dicermin,tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Cat sampai tidak boleh tidur memikirkan untuk memakai tudung. kemudian,cat dan kawannya membeli beberapa helai tudung dan sejak itu,dia mula memakai tudung. Suaminya ternyata gembira dengan perubahan Cat.
4) Irma Hasmie. dengar-dengarnya,Irma bertudung selepas balik dari mengerjakan umrah. Mungkin hatinya terbuka setelah berada di sana. Alhamdulillah kan.
6) Siti Nurdiana. Penyanyi ni mula memakai tudung sejak bulan puasa pada tahun yang lalu. Keputusan Nana memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini Nana. Katanya lagi, perubahan ini merupakan satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim.
7) Natasha Hudson. Keputusan Natasha Hudson untuk bertudung bukan atas desakan sesiapa. Menurut Natasha, niatnya untuk bertudung dibuat ketika berada di Tanah Suci Mekah dan keputusannya itu disambut baik oleh kawan-kawan serta bakal suaminya, Carleed.
8) Yatt Hamzah. “Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah,” kata Yatt. Alhamdulillah,begitu besarnya kuasa tuhan.
9) Ana Raffali. “Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kongsi Ana Raffali. “Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.
10) Raja Farah.Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai jilbab, Farah mengatakan ia mulai setelah membeli beberapa helai jilbab di sebuah butik setelah melakoni shooting drama Cinta Abang Lori.
"Saya sebenarnya sudah lama ingin untuk memakai jilbab tapi tidak tanggal yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai shooting saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.
"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justru saya terus memutuskan untuk memakainya," jelasnya.
11) Siti Fazurina. “Saya tidak punya apa-apa alasan kenapa saya ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30,” ujarnya.
No comments :
Post a Comment