Kekalahan DLCW tak bermakna beliau dah kalah di hati para peminatnya. bagi aku,beliau sangat hebat! Aku nampak semangta beliau,usaha beliau yang berterusan untuk memastikan pingat emas menjadi milik beliau. Tapi,kita sebagai peminat terpaksa menerima hakikat bahawa Olimpik kali ni DLCW hanya berjaya mendapat pingat Perak. Nampaknya Lindan sukar ditewaskan. Takkk! Lin Dan bukan saingan DLCW. DLCW lagi hebat dari LinDan. Cuma nasib tak menyebelahinya kali ni. Its Owkey DLCW!
DLCW terpaksa akur dengan keputusan pertandingan. Adat pertandingan,ade kalah ade menang. Jangan cepat putus asa DLCW! Kami sentiasa menyokong Dato'!! Nampak tak muka sedih beliau ??
Tengok lah kesungguhan beliau,yang tak pernah kenal erti penat. macam ni lah contoh yang sebenarnya. =)
Aku benci LinDan!! hahaha.
DLCW tak dapat menahan perasaan sedihnya kerana hanya pingat Perak yang dapat beliau dapat. masa ni,aku pun sebak tengok. menitis air mata aku.
P/S - Ingatlah DLCW,kami tak mengharapkan pingat emas yang anda perlu dapat. Tapi,semangat dan usaha yang DLCW tunjukkan dah cukup memuaskan hati kami!! Kami sayang anda!!
No comments :
Post a Comment