Kali ni aku nak berkongsi beberapa tips kenapa dan mengapa badan korang mudah gemuk dan kenapa susah sangat nak kurus macam orang lain.
Tenaga Tak Seimbang Dalam Badan
Untuk memastikan berat korang normal darisegi bmi ideal, korang perlu pastikan nilai tenaga berada pada tahap normal jugak. Seimbang bermaksud nilai kalori dan tenaga yang korang dapat berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Banyakkan aktiviti kurangkan pengambilan kalori ye.
Gaya Hidup Kurang Aktif
Gaya hidup ni semua orang dah tahu tapi tak boleh nak salahkan kita jugak sebab environment memainkan peranan penting tapi tapi tapi ingin aku tegaskan cuba sedaya upaya carik masa buat riadah atau senaman di hujung weekend. tak perlu setiap hari pun takpe tapi sekurangnya tetap cuba untuk amalkan hidup yang sihat.
Genetik dan Faktor Keluarga
Ekceli gemuk ni bukan semuanya berpunca dari makan sampai lebam tapi dipengaruhi jugak oleh genetik. Kalau dah lahir badan dah besar takkan nak salahkan ibu yang mengandung ye dak? Tak baik tau. Kesian mak kita pregnan bawak perut 9 bulan kita pulak sesedap rasa nak salahkan ibu. Isk! Isk! Tapi jangan pulak malas nak cuba kuruskan badan. Usaha itu penting!
Faktor Kesihatan
Beberapa jenis penyakit jugak dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome. Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan korang.
Ubat- Ubatan
Kadang-kadang aku tak nafikan sesetengah mereka yang nak kuruskan badan sangat taksub dengan pil nak kurus. Haaa memang ada tau yang untuk kurus dan menjadi tapi tersilap ambil boleh menyebabkan antidepresi dan jugak dehydrate. Jadi, hati – hati la ye!
Faktor Emosi
Pernah dengar bila putus cinta, aiskrim 1 peti boleh habis sekelip mata? Bukan fantasi tapi realiti itulah antara aktiviti mereka yang menyebabkan badan mudah gemuk tanpa dikawal. Nasihat aku? Jaga hati daripada disakiti.
Merokok
Menurut kajian, merokok ni boleh mengurangkan berat badan disebabkan nikotin boleh meningkatkan lagi pembakaran kalori dalam badan. Haa sebab tu kalau korang perasan, mereka yang berhenti merokok selera makan memang besar. Tapi info ni bukan nak suruh korang merokok ehhh merokok menjahanamkan hidup woooo! Dengan merokok korang boleh kurus tapi bersiap sedia la untuk beli kain kafan ye. Ada berani? Hikhik.
Umur
Bila semakin tua, korang akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Mengandung
Mengandung jugak mempengaruhi kadar kegemukan korang. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Kurang tidur
Bab kurang tidur ni aku setuju sangat. Hormon yang dikeluarkan semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan dan akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam badan.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh ketika tidur. Apabila korang kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes. Sendiri mahu ingatlah ye!
Nak kurus, semuanya bergantung pada diri sendiri. Jangan ikut orang tetapkan matlamat dan berusaha sehabis boleh. Selamat mencuba!
6 comments :
Risaunya klu esk2 gmuk..hrap2 xla..hihi
kalau2 rasa badan gemuk, cara yang paling efektif sebenarnya...puasa jer... he he he...
thanks share. :3
haha , xla , kena pndai jaga. =)
hehe , rasa2 cmtu jugak. =)
wlcome. =)
Post a Comment