Anak Sekecil Ini Sudah Pandai Menghormati Masjid!



berlaku dihadapan sahabat seIslam kita Hafizan Halim, perkongsian beliau..

" Kebiasaannya anak kecil kalau ke masjid akan membuat bising tetapi berlainan dengan anak kecil ini. Aku perhatikan gelagatnya dengan teliti.

Gambar pertama: dia suka menyusun penyapu habuk.

Gambar kedua: dia sedang menyapu habuk pada tingkap menggunakan tudung kecilnya

Gambar ketiga: dia nak capai tabung dengan olok-olok memasukkan duit.

Aku terfikir seketika, "Bagaimana agaknya ibu bapanya mendidik anak kecil ini?"

Seperkara aku terfikir seketika, untuk mengajar anak kecil menghormati masjid, anak kecil perlu dibiasakan untuk datang ke masjid. Anak kecil ini sering dibawa ke masjid dengan penuh kesabaran oleh ayahnya. "

SubhanAllah.. :)


6 comments:

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda..
Satu pun jadilah. hehe.^^