Tarikh 29 Mac 2013, pastinya memberi kenangan paling indah buat dua selebriti, Irma Hasmie dan Ayu Raudhah apabila kedua-duanya menimang putera sulung. Lebih istimewa, kedua-dua aktres ini menimang cahaya mata dengan perbezaan masa kelahiran hanya enam jam.
“Alhamdulillah... Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam). “Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH,” kata Redza, suami Irma Hasmie.
Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat),” kata Zaquan, suami ayu Raudhah
Kredit kepada Limau Ais.
wahhh, comelnya baby. Semua boy. Kak sy pun lahirkan baby boy jgk, jiran sy jgk. ehh.
ReplyDeletehehe , tahniahh. =)
Delete