Wana Wonderland: Kisah Imam Besar Mekah Tafsir Mimpi.

Kisah Imam Besar Mekah Tafsir Mimpi.



Imam Besar Mekah, Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal-hal yang berkaitan agama di stesen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesen radio menerima panggilan telefon daripada seorang pendengar radio :

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : Aiwah (silakan), teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadis sahih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadis lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi (tawaf) Kaabah tanpa perasaan mal , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

p/s : Allahurabbi.. Kita pula bagaimana? Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan husnul khatimah.
 — 

2 comments :

Athikah said...

MasyaAllah, Subhanallah. Sudah tidak terkata.

Unknown said...

Kebesaran ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...