Wana Wonderland: Pendapat Babyface Terhadap Nyanyian Siti Nurhaliza

Pendapat Babyface Terhadap Nyanyian Siti Nurhaliza




Perangkul Anugerah Grammy, Kenny 'Babyface' Edmonds memuji kelunakan suara milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza di hadapan tetamu kehormat yang menghadiri malam gala Sapurakencana Petroleum Malaysia Grand Prix Charity Gala 2013 di Hotel Majestic.

Pujian ikhlas itu diberikan Kenny Babyface sebaik sahaja selesai mendendangkan lagu duet pertamanya bersama Datuk Siti berjudul When I Fall In Love, sebelum meneruskan kolaborasi mereka dengan lagu Fire bagi menyemarakan lagi majlis.

Datuk Siti berkata peluang berduet bersama penyanyi dan komposer terkenal itu merupakan pengalaman yang cukup istimewa serta sangat dihargai.
"Sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya selepas berpeluang berduet dengan Kenny 'Babyface'. Pastinya sangat gembira kerana beliau merupakan composer, penyanyi dan pemuzik yang sangat disegani.
"Lebih-lebih lagi ketika di zaman sekolah dulu saya sering mendengar lagu-lagu merdu Babyface dan sekarang saya berpeluang beradu suara dengannya," katanya yang sebelum ini pernah berduet dengan Gareth Gates, Lee-Hom Wang dan Sean Kingston.

Majlis gala amal yang dianjurkan sempena kehadiran sukan Formula One di ibu negara itu, telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 bagi membantu Institut Jantung Negara.
Selain Kenny 'Babyface', Datuk Siti, pelakon popular Hollywood, Teri Hatcher , Josh Hartnett, penyanyi jazz queen Datuk Sheila Majid, Marion Caunter, Joe Flizzow dan pelumba Mercedes GP, Lewis Hamilton serta Nico Rosberg.

"Bagi saya, dia seorang yang merendah diri. Sempat juga dia mengajar saya beberapa perkara dan kami berbincang bersama bagi memastikan persembahan kami pada malam berkenaan tampak sempurna," katanya Datuk Siti.


2 comments :

adarain said...

ct maaintain comell je...suruhlah kenny tu watkan lagu untuk ct..hahaha

wana wazm said...

yupp. memang comel. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...