Wana Wonderland: Review Filem Kerat 14

Review Filem Kerat 14



Sinopsis filem Kerat 14 

Kerat 14 menceritakan tentang penemuan mayat yang bahagian badan sudah dikerat-kerat dalam tong sampah yang menjadi tanda tanya bagi kes pembunuhan yang berlaku.

Ia bermula dengan kisah sepasang kekasih, Haziq dan Nurzara yang mahu meraikan hari jadi Nurzara di sebuah disko. Bagaimanapun, ketika ditinggalkan keseorangan dalam disko, Nurzara didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, Aril. Tanpa dijangka, Aril mencalit minyak pengasih untuk memikat Nurzara. Dia seperti dirasuk apabila mengikut saja Aril yang mengajaknya menari.

Haziq tidak dapat menahan kemarahan apabila ternampak kekasihnya menari dan bermesra dengan lelaki lain. Haziq dan Aril bergelut tetapi dileraikan pengawal kelab disko. Ia tidak berakhir di situ apabila Aril mengekori Haziq dan Nurzara untuk mengetahui tempat tinggal Nurzara.

Apabila melihat kelibat Haziq hanya menghantar Nurzara di bawah pangsapuri, Aril terus mengekori Nurzara. Nurzara yang masih teringat-ingatkan Aril terkejut apabila melihat kelibatnya di hadapan rumah.

Mereka memadu asmara, sambil Aril mencuri barang kemas dan dompet Nurzara. Haziq yang tidak sedap hati ke rumah Nurzara dan melihat Aril sedang bercumbuan dengan kekasihnya. Di sini berlaku insiden pembunuhan apabila Haziq tidak sengaja menyebabkan kematian Aril.
Komen :

Actually , tajuk filem nie macam tak berapa nak sesuai dengan jalan cerita dia.
yelah , filem bukan main lagi tajuk triller bagai. haha.
jauh berbeza dari yang aku imagine. ohh.
pastu , jalan cerita langsung takde saspen la. 
hum , nasib baik la hero dan heroin nya yang awesome. sebab tu la aku tengok. hehe.
harap filem-filem melayu lepas nie lebih baik. 

4 comments :

NinaAz said...

Last week pergi mid ingt nk tgk kerat 14. Tp bila fikirkan nina duduk sorang2. Xjadi nk tgk. Takut menghantui sampai kerumah. Huuu. Penakut nih

Nieyxzha Hassan said...

Thanks sebab review...nak tau jugak pe jalan cerita..bila tengok promo tak berapa paham ;)

wana wazm said...

haha , filem dia tak berapa nak saspen pun. xtakut lgsg , hehe

wana wazm said...

same2 , tu lah. promo dia skit sgt,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...