Wana Wonderland: Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu.

Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu.



Sinopsis :

Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengigatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Namun sejak perkenalan Zainal dengan Azura seorang gadis yang cute dan pendek, membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura menghidap penyakit kronik. Walaubagaimanapun Zainal tetap ingin meneruskan hubungannya bersama Azura, tetapi gadis itu terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zainal. Berbalik pada tahun sekarang, Zainal ditakdirkan berjumpa semula dengan Azura, Azura menceritakan perkara yang sebenar bahawa selama ini dia menyamar sebagai pelajar sekolah kerana ingin menyiapkan penyelidikan psikologinya. Adakah Zainal tetap meneruskan hubungannya bersama Azura? Siapakah yang menjadi pilihan Zainal? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.

Komen :

Aku enjoy tengok cite nie. best tauu. rugi sape yang tak tengok. bagi aku , filem nie lagi best kalau nak dibandingkan dengan filem Kerat 14. Filem romantik komedi nie , berjaya wat aku gelak sorang-sorang. aku suka dengan lakonan Zainal , dah la hensem , selamba pulak tu. *melting kejap. hehe. tapi , lakonan Wawa Zainal macam tak berapa nak menjadi. and Intan Ladyana memang terbaik. =') So far , filem nie memang bestt. 

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...