Wana Wonderland: Rusdi Ramli Serba Salah Lakukan Aksi Tanpa Pakaian Bersama Nora Danish!

Rusdi Ramli Serba Salah Lakukan Aksi Tanpa Pakaian Bersama Nora Danish!



Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora. 

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.


ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

# Filem melayu sekarang semakin berbahaya. 

8 comments :

Solehah Shamsuddin said...

perghh melampau betul lakonan ni.kalau ye pn, Rusydi tolak la daripada berlakon cmni. Kan dah kena tempias.

Nory Zoulkefle said...

auwww panas ni....
isteri rusdi tak jeles ke?
hehe

fifi said...

cakap serba salah tapi buat jugak -.-

wana wazm said...

tu lah , nak berlakon pun kena lah ade hadnya. -,-

wana wazm said...

haha , isteri mane x jeles ?

wana wazm said...

ntah la artis zaman sekarang.

Anonymous said...

ngeri aku dgr komen si rusdi ni..mmg ngeri..

wana wazm said...

haha , artis zaman sekarang. biase la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...