Wana Wonderland: Tahniah! Nurul Wahab Deep Hamil 3 Bulan

Tahniah! Nurul Wahab Deep Hamil 3 Bulan




Penyanyi dan model terkenal, Nurul Wahab akhirnya mengumumkan berita kehamilannya menerusi blog peribadinya hari ini.

Menurut Nurul, berita kehamilan ini sudah lama dipendam dan dirahsiakan dari pengetahuna umum kerana ingin mengikut nasihat orang tua yang melarang ibu mengandung untuk tidak terlalu teruja dan menghebohkan berita kehamilan apabila kandungan di bawah usia 3 bulan.

 Tanggal 2 Februari yang lalu, aku dapati aku telah 2 minggu pregnant. Ya! Berbadan dua. Aku mengandungi, aku hamil… Apa lagi perkataan untuk pregnant? Heheh.. Khabar di pagi hari itu aku kongsikan bersama suami – yang kononya pada awal perancangan aku nak buat surprise.. Tak jadi dah nak surprise dek excited teramat.
Aku simpan berita ini sehingga bulan ketiga.Ya, minggu ini dah 3 bulan.Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua. Jangan excited sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah 3 bulan.

Berkongsi lebih lanjut mengenai berita gembira ini, Nurul turut memaklumkan yang dirinya masih lagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa, akan tetapi selera makannya semakin bertambah serta gemarkan masakan melayu.

 Buat masa ini, aku menjalankan aktiviti seperti biasa.Dan selera makan juga lebih daripada biasa.Selera Melayu teramat menjadi-jadi. Sekejap nak nasi dagang, nak pulut kuning, nak laksa dan yang paling best; petai!

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...