Wana Wonderland: Isteri Allahyarham Yahya Sulong Meninggal

Isteri Allahyarham Yahya Sulong Meninggal


Datin Alisah Ali

PETALING JAYA – Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dua bulan selepas kematian suaminya pelawak Datuk Yahya Sulong.
Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi mStar Online pagi Jumaat.
Alisah, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.
Jenazah Allahyarham akan dibawa di Masjid Bandar Baru Sentul dekat sini untuk disembahyangkan.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 10.30 pagi, pihak keluarga masih belum menetapkan lokasi pengebumian Allayarham.
Suami beliau meninggal dunia di hospital yang sama pada 6 Februari lalu akibat komplikasi pebagai penyakit termasuk asma.

p/s - sama-sama lah kita sedekahlan Al-Fatihah. semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. 

4 comments :

combi said...

Innalillah...

ZazaMyMoon said...

Innalillah..

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum.....

Semakin lama kita hidup di dunia yang fana ini, semakin dekat kita pada "ketika" untuk menemui Allah SWT Yang Maha Esa...

Salam Takziah buat keluarga beliau.. Al-Fatiha...

MarnieyZ said...

al-fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...