Susulan laporan di beberapa blog hiburan mengenai hubungan cinta yang terjalin antara pelakon berbakat besar, Nabila Huda dan pelakon serta DJ Nas-T, Nabila mengakui sedang menjalin hubungan serius dengan jejaka itu.
Memetik laporan GUA, mereka mula menyedari bahawa masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain apabila Abil harus ke Brunei selama tiga hari.
“Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari.
“Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan hal yang sama," ujarnya.
Berkongsi permulaan kisah percintaan mereka, Abil pada mulanya mengajak Nas-T melepak dan pada masa yang sama Abil mengirim keropok lekor daripada Nas-T yang ketika itu ke Terengganu.
“Apabila Nas-T pulang ke Kuala Lumpur, saya ajak Niesa (rakan Abil) berjumpa dengan Nas-T untuk mengambil keropok lekor yang dikirim. Sejak dari itu, kami sering keluar lepak bersama. Pada waktu itu pun masih belum terbit perasaan cinta. Bila berjauhan baru kami sedar tentang perasaan ini," tambah Abil selesa bersama Nas-T kerana 'sekepala' dan senang diajak berbual.
Bercakap tentang perkahwinan, Abil berkata, dia dan Nas-T sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan mereka.
Sumber--> Media Hiburan
Nas t tu berbakat besar kan..la tak sangka plak tgh datims dengan abil..hmmm cam tak sesuai kot..hoho. memandai je
ReplyDeletealamak..pasal artis..xtau nk komen ape..hehe...
ReplyDelete“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?”