Wana Wonderland: Punca Kemalangan Ngeri Di Federal Highway.

Punca Kemalangan Ngeri Di Federal Highway.




Gambar dan punca kemalangan ngeri di Federal Highway - Kejadian kemalangan ngeri awal pagi tadi yang melibatkan 5 buah motosikal dan 2 buah kereta di Federal Highway menjadi topik bualan hangat sepanjang hari ini apabila seramai 7 orang maut dan beberapa lagi cedera teruk.

Kemalangan paling pelik dan ngeri itu dikatakan berpunca dari pemandu kereta Honda City yang hilang kawalan kerana mabuk sebelum merempuh sekumpulan motosikal yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan. Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal maut termasuk pemandu kereta Honda City berkenaan.

Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya pula telah dirempuh oleh seorang penunggang motosikal lain. 

Di bawah pula ialah beberapa cerita dan andaian orang ramai berkenaan punca sebenar kejadian ngeri itu yang telah diposkan melalui akaun facebook.


Memang amat pelik dan tidak masuk akal kerana kemalangan itu seolah-olah telah dirancang untuk berlaku. Adakah ianya berlaku seperti dalam filem Final Destination? Apapun, mari layan lagi 9 keping gambar sekitar kemalangan ngeri di Kilometer 10.5, Federal Highway. 










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...