Wana Wonderland: Review Filem 2 Kalimah

Review Filem 2 Kalimah


Agak ketinggalan zaman sebab aku baru tengok cite nie. hehe. baru je tengok kat youtube. 

Sinopsis Filem Dua Kalimah lakonan Nora Danish

Sinopsis :
Dua Kalimah mengisahkan Aiman membawa kekasihnya, Selena pulang ke kampung halamannya. Dalam perjalanan pulang, mereka ditimpa kemalangan apabila teksi yang dinaiki berpusing, manakala pemandu teksinya tercampak keluar dan mati dalam keadaan ngeri. Bagaimanapun, Aiman dan Selena diselamatkan Pak Daud.

Ketika di rumah Pak Daud, barulah Aiman tahu pemandu teksi, Qashaf adalah pengamal ilmu hitam. Ketika menyempurnakan jenazah Qashaf, mayatnya kelihatan ngeri, busuk dan mengeluarkan lendir hitam.

Aiman dan Selena juga melihat azab pada mayat anak angkat Pak Daud dan Mak Som, Pian yang meninggal dunia ketika meratap di kubur ibunya. Pian yang cacat dan bersikap pelik sebelum ini pernah menderhaka pada ibunya. Dia mencekik ibunya sehingga menyebabkan kematian. Mayat Pian dikuburkan dalam keadaan berulat dan ular sedia menunggu di liang lahad.

Dan jenazah Maria, seorang pelacur yang sering melakukan kemungkaran turut dikuburkan dalam keadaan aib. Ulat keluar dari celah kemaluan, kuburnya berair dan muka berulat cukup menakutkan Selena.

Selena melihat sendiri kejadian demi kejadian dan ingin bertaubat, malah Selena berharap Aiman yang memiliki ilmu agama yang tinggi, selain anak seorang ustaz dapat membawanya kembali ke jalan Allah selepas sekian lama hidup dalam kejahilan, apatah lagi keadaannya ketika itu hamil anak luar nikah.

Bagaimanapun, Aiman masih belum insaf sehinggalah mereka pulang ke kampung halaman dan Aiman memperkenalkan Selena sebagai isterinya. Apabila bertemu dengan tunang yang ditinggalkan, Humaira nyata Aiman masih menyayanginya. Aiman banyak berbohong pada keluarganya menyebabkan Selena berada dalam keadaan serba salah. Akhirnya, Aiman ditimpa bala ketika mahu melakukan perbuatan yang tidak elok kepada Humaira.

Komen : 
bagi aku , filem ni memang bagus. buat aku insaf dan ingat akan dosa-dosa yang telah aku buat. lakonan diorang memang hebat. aku suka filem nie. banyak pengajaran yang ada dalam filem tu. aku bagi 5 bintangg. hee. plus , pelakon dia memang aku minat. =')


1 comment :

Sally Samsaiman said...

tak sempat nak tgk lagi :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...