Selepas melihat beberapa selebriti melakukan penghijrahan, seorang lagi selebriti tanah air telah mengikut jejak langkah sama dengan mula mengenakan hijab atau bertudung.  
Penyanyi popular, Alyah telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.
 
"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.
 
"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.
 
"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya," ujar Alyah yang dipetik daripada mStar Online. 
 
Dalam pada itu, Alyah mendedahkan kekasihnya, Datuk Ramli MS memberi sokongan penuh dengan keputusannya untuk berhijrah.

p/s - Alhamdulillah. semoga lebih ramai artis kita yang berubah. =')