Bagaimanapun, Ammar Alfian melahirkan rasa peliknya dengan Puteri Sarah Liyana yang masih merahsiakan hubungan cinta dengan Syamsul Yusof sedangkan mereka sudah bercinta sejak Oktober tahun lalu.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak,” ujar Ammar Alfian kepada mStar Online hari ini.
Ammar Alfian turut berkata yang beliau mengambil keputusan membuat pendedahan ini kerana bosan dengan sikap Puteri Sarah Liyana yang suka memburukkan dirinya di media dan dengan krew produksi penggambaran.
“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya”
“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” kata Ammar Alfian yang turut mengakui beliau kini sedang bercinta dengan seorang model bernama Shella.
3 comments :
http://sigadisoptimis.blogspot.com/2013/04/april-may-giveaway-by-nabila-medan.html
Jom join givaway ni..
hah? takkanlah.. xcayalah pulak... ammar reka crita kowt. hahaha
macam-macam....
Post a Comment