Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), terdapat sebuah kemalangan ngeri berlaku di Federal Highway (lebuhraya Persekutuan). Rakaman Video dan gambar sempat diambil oleh beberapa sumber.
Dikatakan kejadian ini melibatkan 12 orang. 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi) serta melibatkan 5 buah motosikal dan 2 biji kereta. Saksi berkata, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang dipercayai berhenti di tepi lebuhraya ini secara berkumpulan.
Berikut adalah video yang sempat di rakam:
Beberapa gambar di tempat kejadian:
Photo via Oh!tidak
p/s - takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.
No comments :
Post a Comment