Wana Wonderland: Afiq Muiz Menyuruh Ibunya Tarik Balik Kenyataan Kerana Hilang Kerja

Afiq Muiz Menyuruh Ibunya Tarik Balik Kenyataan Kerana Hilang Kerja




 Susulan dipulaukan oleh pihak stesen TV, dan tawaran dan bayaran berlakon mula disekat, Afiq Muiz kini tidak lagi mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara dirinya dan keluarga.
“Saya sekarang sudah tiada ada apa-apa lagi. Saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Bayaran saya disekat. Saya dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Walaupun tidak ada kenyataan rasmi, tapi saya dengar yang saya dah kena banned dengan pihak stesen TV."
Menurut Afiq, kini sudah tiada apa-apa melainkan duit simpanan yang tinggal untuk meneruskan kehidupan dan beliau berharap agar ibunya itu menarik semula kenyataan yang mengatakan dirinya anak derhaka.
“Saya mahu mak tarik semula kenyataan yang dibuatnya dan saya akan memohon maaf padanya."
Dalam sidang baru-baru ini, Afiq turut menunjukkan bukti dia membayar bil bagi keperluan ibu dan adik-adiknya.
“Tiap bulan saya mesti bagi emak duit dan saya juga membeli perabot di rumah."

p/s - Aku harap Afiq Muiz akan ambil iktibar atas apa yang berlaku. tak kisah la siapa yang salah , ibu tetap ibu kita yang telah membesarkan kita. sebagai artis , Afiq harus menunjukkan contoh yang baik , bukan sebegini. =)

4 comments :

Alia Ali Ahmad said...

padan muka dia .. dia tenggelam terus pun tak pe;; betul cakap mak aku ,, kalau cm nie la sikap dia , tgk la satu hari nnti mmg takde orang nak amik dia berlakon . padan muka . ibu tu tetap ibu ,, hormati dia !!

NoorBieLover said...

sekali ibu dah ckp mcm tu..susah la hdup dia dia nnti.bersalah ke tidak, ckp2 ibu adalah doa..

Setiasmile said...

uh la.. padah melawan ibu.. segala berkat dan rahmat, ALLAH boleh tarik bile2 masa sahaja.. nasib baek ALLAH tak tarik nyawa kau(afiq muiz) je lagi.. bersyukurlah.. SYURGA UH TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....

Anonymous said...

bahana buat ibu macamtu. agungkan sgt awek dia tu tu, nnti msti awek dia pulak lari tinggalkan dia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...