Wana Wonderland: Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam

Akaun Facebook Azhar Sulaiman Digodam



Azhar Sulaiman menunjukkan salinan laporan polis dibuatnya kerana akaun facebook digodam. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyatakan sokongannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), pelakon Azhar Sulaiman terpaksa menerima cacian oleh peminat-peminatnya menerusi Facebook.
Bukan itu sahaja, Azhar, 41, turut berhadapan dengan masalah besar apabila akuan laman sosial miliknya itu turut digodam oleh individu bernama ‘Cyber Troopers’ yang didakwanya sebagai penyokong parti pembangkang.
“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Azhar tampil memberi kenyataan terbabit selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa kerana merasakan dirinya terancam akibat pengkhianatan siber itu.
Azhar yang popular dengan filem Abang 92 itu berkata, dia kecewa kerana haknya untuk bersuara menerusi laman sosial berkenaan disekat terutamanya apabila dia menunjukkan sokongan kepada BN.
Malah kata Azhar, komen-komen yang diberikan menerusi Facebook miliknya itu bukanlah kerana dia berhasrat untuk menjadi ahli politik tetapi mahu berkongsi dengan peminat mengenai kebaikan pemerintahan yang sedia ada.
“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” katanya.

2 comments :

Unknown said...

Apa pun yang berlaku...itu cuma dugaan

Unknown said...

kesian nyaaa.. apa boleh buat kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...