Wana Wonderland: Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga – Pesan Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz

Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga – Pesan Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz


Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba jua. Admin daripada hari itu menunggu kenyataan daripada Presiden SENIMAN mengenai kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya. Hari ini, menerusi Media Hiburan, Zed Zaidi memberikan nasihat yang cukup bernas kepada Afiq.
zed zaidi

Kata Zed Zaidi:-
Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga. Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita. Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan. Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya
afiq muiz

Diharapkan Afiq Muiz akan dengar kata-kata Zed Zaidi. ia memang betul. =)



4 comments :

Unknown said...

bagus nasihat tu , harap dea sedar

Tinta Hatiku said...

betul. afiq tak patut aibkan ibunya. seburuk mana pun ibu kita, kita tak boleh aibkan dia. ibu hanya satu. :)

Long Cham said...

damn bila media campur tnagn
http://long-cham.blogspot.com/

eydafaizal said...

sokong kenyataan zedzaidi ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...