"Sudah tentu pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat saya tetapi saya relakannya pergi daripada melihat dia menderita lagi selama ini. Sejak mommy (ibu) sakit 3 tahun lalu saya memang kerap berada bersamanya, malah selepas kansernya semakin teruk saya melawatnya hampir setiap hari.
"Malah, saya bersyukur kerana dapat bersama dan temaninya dia sejak semalam sehinggalah dia menghebuskan nafas yang terakhir. Saya juga sempat bercakap dengannya, tetapi dia hanya bertindak balas dengan mengalirkan air mata sahaja.
"Alhamdulilah, Tuhan lebih menyayanginya dan dia pergi dengan keadaan yang sangat tenang," katanya kepada murai.com.my
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Besi Putrajaya dan telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya.
Iera Syazira juga gembira kerana sempat menunaikan hajat terakhir arwah ibunya untuk melihat cucunya , Amarra Sofea.
p/s - Al-Fatihah.
2 comments :
al fatihah.. takziah buat eira sekeluarga..
Al-Fatihah dan salam takziah...
Post a Comment