Beberapa hari ini agak kecoh juga di laman Internet apabila timbul desas desus yang pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim akan berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah.
Kami telah menerima kiriman e-mel dari pembaca yang enggan dikenali mendakwa gambar-gambar yang dikepilkan olehnya ialah Wan Sakinah yang dikatakan akan berkahwin dengan Ashraf dengan kebenaran isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.
Kebenaran dakwaan ini tidak dapat dipastikan, namun sekiranya benar dan dan ada kebenaran dari isteri pertama apa salahnya bukan. Kalau tak silap, pernikahan Asyraf dan Noor Dayana berlangsung pada Ogos 2011 dan sudah setahun setengah mereka melayari bahtera perkahwinan.
Sementara itu melalui laman Twitternya, Ashraf telah memberi reaksi mengenai laporan akhbar Harian Metro mengandungi kenyataan dari Wan Sakinah:
Salam semua. Luahan hati. Makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah demi kepentingan masing-masing. Ingat kita ada Allah.Makin banyak fitnah dilemparkan yg direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah.
Tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar Ashraf Muslim mengenai ‘fitnah’ yang didakwanya. Apa pun mari kita doakan semoga penyelesaian terbaik akan dicapai oleh pihak-pihak terlibat.
Sumber --> Newsmediahunter.
p/s - Hope semuanya baik-baik jea. =)
4 comments :
biar betul? baru setahun kowt nak kawen lain dah?
kalo dah jodoh x kemana.. apapun hopefully ashraff, dayana dan sakinah dapat menyelesaikan whatever kebuntuan dengan tenang dan be cooperative.
tak tahu la betul ke ni orang nya.harap hubungan ashraff dan Dayana bahagia selamanya..hehe.kak Yana comel
Kalau dayana redha. Dia mmg seorang wanita yg tabah dan kuat. Tak ramai yg sanggup berkorban bg kebenaran suami berkahwin lg. Lg2 bila usia perkahwinan terlalu muda. Sakinah mungkin patut tahu bagaimana rasa seorang wanita jika trpaksa berkongsi kasih. Ashraf pula fikirlah sebaik2nya. Isteri yg sedia ada cukup istimewa kerana kesabarannya. Hargai lah isteri kamu
Post a Comment