Ledang : Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) Kementerian Belia dan Sukan , Datuk Zaidon Asmuni cedera parah , manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini , malam kelmarin.
Dalam kemalangan jam 11.40 malam itu , Zaidon , 57 , patah tangan dan cedera di kaki manakala Datin Halimah Awaludin , 55 , meninggal dunia di lokasi.
Dua anaknya isitu Siti Nur Fazlin , 21 dan Ahmad Zafri , 23 , yang dikatakan memandu kereta serta seorang anak angkatnya , Wan Mohamad Nabil Wan Sarafi , 21 , cedera di badan.
Mayat Halimah dihantar ke Hospital Tangkak di sini , manakala Zaidon bersama tiga anaknya menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah , Muar.
Ketua Polis Daerah Ledang , Superintendan Harun Idris , berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki mereka hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke arah Selatan.
Berikutan itu , katanya , kereta berkenaan dikatakan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya.
" Keluarga Zaidon ketika itu dipercayai dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta itu remuk teruk tetapi semua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu, " katanya ketika dihubungi , semalam.
2 comments :
Al-Fatihah..
InnalillahiwainnailaihiRojiuun..
Post a Comment