Wana Wonderland: Kaki Pencuri Putus Dilibas Parang!

Kaki Pencuri Putus Dilibas Parang!



GAMBAR: Kaki Pencuri PUTUS Dilibas Parang!
Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek dan terputus.
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 
p/s - Haish , serius takut tengok gambar tu. cerita ni boleh dijadikan pengajaran kepada pencuri-pencuri kat luar sana and kepada sesape yang ada niat nak mencuri tu.


1 comment :

Farah Waheda Wahid said...

allahuakbar...kan dah tak pasal2... aduyaiii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...