Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Sigh Gurehnan Sigh mendakwa dirinya anak pemilik kedai kain terkemuka Jakel dan ingin menjadi pelabur untuk filem Anak Ikan. Ternyata , rupa-rupanya lelaki tersebut hanyalah seorang penipu yang telah menipu ramai orang dan kesemua mangsanya dikenali dalam laman instagram.
Raja Azmi menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh lekai tersebut dan kenyataan yang dikeluarkan adalah satu fitnah yang telah merosakkan nama baiknya sebagai seorang produser terkenal.
" Selama saya hidup tidk pernah saya menfinah orang dan semalam adalah tamparan yang amat besar apabila dimalukan olehnya dengan kenyataan yang tidak benar dikeluarkan "
" Saya bagi kenyataan hari ini untuk tunjukkan bahawa apa yang dikatakan olehnya adalah tipu semata-mata dan hari ini , saya tampilkan kesemua mangsa untuk tunjukkan bukti laporan polis yang kami buat berkaitan isu ini "
Raja Azmi berkata bahawa karakternya yang mudah mempercayai orang membuatkan dia menjadi mangsa kepada lelaki tersebut.
“Kalau ikutkan saya memang macam ini, mudah percaya dengan orang dan amat sukar untuk ubah namun apa yang berlaku pada saya sekarang saya akan jadikan pengajaran untuk saya agar lebih berhati-hati dengan Conmanseperti ini.”
No comments :
Post a Comment