Rumah Almy Nadia Terbakar!




Almy Nadia sekali lagi ditimpa masalah apabila rumahnya di kampung hangus terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan akibat tergelincir.

Menerusi mstar, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, meluahkan rasa sedihnya dengan kejadian itu. Beliau turut kecewa dengan sebuah syarikat produksi kerana enggan memberinya cuti beberapa hari untuk menjenguk keluarga di kampung.

"Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit. Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain." 

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar di bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama. Bagaimanapun, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.
"Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas. Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut." 

Pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

"Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri. Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan." 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda..
Satu pun jadilah. hehe.^^