Wana Wonderland: Seniman S.Shamsudin Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi.

Seniman S.Shamsudin Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi.



Pagi tadi selepas mengadu sesak nafas di Hospital Universiti Singapura , pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsudin telah menghembuskan nafas terakhirnya.

"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura. Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsudin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin atau Sudin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka. Sebelum menceburi bidang perfileman, Allahyarham pernah melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarganya.

Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Al-Fatihah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...