Wana Wonderland: Tiga Sahabat Terkorban Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

Tiga Sahabat Terkorban Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan




Kegembiraan empat pelajar universiti bersiar-siar di sekitar bandar ini selepas mengunjungi Taman Tema i-City Seksyen 7 di sini tidak berpanjangan apabila tiga daripadanya maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.

Tragedi menjelang Subuh pada pukul 5.15 pagi di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini itu mengakibatkan Adam Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan maut di tempat kejadian. Adam merupakan pemandu kereta manakala dua lagi berada di tempat duduk belakang.

Seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera ringan. Kesemua mereka yang berusia 18 tahun baru dua minggu belajar di universiti.

Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam), Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia) dan Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam).
p/s - Innallillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya ajal itu di tangan tuhan , bila-bila masa dan dalam keadaan camne pun kita boleh meninggal. tak kira la tua atau muda. kemalangan yang berlaku ni memang ngeri sangat. sampai hancur kereta Viva tu. Ya Allah. diharapkan keluarga mangsa reda ngan apa yang berlaku. Al-Fatihah.

3 comments :

NinaAz said...

Alfatihah

Kaspersky Murah said...

KM baru baca dalam akhbar Utusan Malaysia pagi ini. Ya Allah, memang tragis sangat..sedih pula KM rasa.

Jom Join segmen Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah. Senang sangat syarat-syaratnya

Anis Lvince said...

jom join
http://anislvince.blogspot.com/2013/06/segmen-menang-rm50.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...