Alhamdulillah , Dapat Sambung Belajar Di UPSI!


Alhamdulillah. kelmarin adalah hari yang bermakna bagi pelajar-pelajar lepasan STPM sebab dorang tahu kat mana dorang dapat sambung belajar. Tahniah! dan tak terkecuali jugak aku. Alhamdulillah , aku sangat-sangat bersyukur sebab aku dapat sambung belajar di U yang aku nak. u mana ? UPSI! hehe.



Tapi kos pengajian malaysia ?? Err , aku tahu memang agak susah , tapi tu tak akan mematahkan semangat aku sebab aku betul-betul nak berjaya. Actually , kos ni bukan kos pilihan aku , cg kaunseling yang rekomenkan. yelah , result pengajian am aku ok. try jela kan. kena usaha lebih.

Tahniah kepada kawan-kawan aku yang dah berjaya tu , yang tak berjaya jangan cepat putus asa tau. still boleh wat rayuan. insyaAllah , ada rezeki korang. =)

P/S - dalam kelas aku , seramai 6 orang dapat masuk UPSI. Tapi aku sorang je kos lain. uwaaa. =(

7 comments:

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda..
Satu pun jadilah. hehe.^^