Wana Wonderland: Ekoran Daripada Enggan Gambarnya Dirakam , Benjy Bertindak Dengan Menumbuk Kepala Jurugambar.

Ekoran Daripada Enggan Gambarnya Dirakam , Benjy Bertindak Dengan Menumbuk Kepala Jurugambar.



Semalam, pihak polis telah membawa Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim , 35 , ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Bagaimanapun, ketika Benjy dibawa keluar dari bilik mahkamah, beliau tiba-tiba bertindak agresif dan menumbuk kepala salah seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar yang cuba merakam gambarnya.

Anak lelaki kepada pelakon veteran Azean Irdawaty itu turut menepis dan hampir merosakkan beberapa kamera jurugambar lain.

Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah sebelum itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. - Utusan Malaysia

Kesian kat jurugambar tu , tak pasal-pasal kena tumbuk. haish. 

1 comment :

Farah Waheda Wahid said...

lama x dengar cerita pasal benjy ni...dia ni dah tekanan sangat dah ni... hu hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...