Wana Wonderland: ~format baru stpm~

~format baru stpm~


Assalamualaikum. fyi,aku ni pelajar stpm. upper six tahun ni. mungkin sesetengah orang anggap yang pelajar form 6 ni macam low je. tau la tak dapat masuk u. kecewa jugak huhu.  tapi takpe,nanti insyaAllah aku akan jejakkan kaki aku ke u. aminn. okeyh,tahun nie format stpm tak macam tahun-tahun lepas. tahun ni guna sistem modular. sistem modular tu macam dekat u jugak la kot. macam ade semester. exam setiap sem. tapi bagi aku,sistem ni ade kebaikan and keburukannya. kalau sape-sape nak masuk form 6 tu kena la pikir banyak kali ye. aku rase aku lagi suka sistem yang sekarang kot. kat bawah ni ade serba sedikit pasal sistem form 6 yang baru.


  • Pelajar akan dinilai dengan peperiksaan dan kerja kursus.
  • Akan ada 3 jenis kerja kursus- projek atau tugasan, kerja makmal dan kajian lapangan.
  • Pelajar akan menduduki 3 peperiksaan, dimulakan dengan Tingkatan 6 rendah. Tempoh STPM masih kekal seperti dahulu.
  • Penilaian kerja kursus akan dijalankan oleh guru matapelajaran di sekolah sementara penilaian penuh akan dijalankan oleh MPM.
  • Pencapaian pelajar akan dinilai setiap semester dan keputusan peperiksaan juga akan diumumkan setiap semester. Keseluruhan keputusan STPM akan dikumpulkan berdasarkan jumlah dari 3 semester.
  • Satu daripada kelebihan sistem baru ini adalah, pelajar akan dapat mengulangi peperiksaan pertama dan/atau kedua dalam semester ketiga. Pelajar juga dapat mengulangi peperiksaan semester ketiga selepas keputusan diumumkan. 

susah tak ? okey la kot kan. tapi kalau diberi pilihan antare form 6 ngan matrik,aku pilih form 6. aku tahu lah korang mesti pilih matrik kan. sape la suka pakai baju sekolah semula,terikat ngan peraturan sekolah. aku pun tak suka. mula-mula tu memang la,aku macam tak suka kan. tapi,lama-lama aku rase seronok sangat masuk f6 nie. lagi pun,stpm ni tak de la susah mane kalau korang betul-betul rajin. cikgu pulak memang sepale ngan kitorang. wahh,sayang cikgu-cikgu ku. hee. so,pilihan di tangan anda. aku cuma memberitahu sikit-sikit.   ^^






#member-member aku sumenya perangai gile-gile belake. tu yang best tuh. hee. sayang sume kawan-kawan aku. ^^


No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...