Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalan raya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Mia mula jatuh cinta kepada Izlan. kemudian,tanpa disangka-sangka Izlan terlibat dalam satu kemalangan. Pada masa tu,Mia mula tahu yang Izlan hanya lah imaginasi dia. Izlan tak wujud! yang wujud ialah Harris. Tapi,lepas tu dia mula sedar and mula melupakan Ilhan. At the end,dia tetap bersama dengan Harris a.k.a Izlan.^^Pelakon baru iaitu Zarina Jamalullail sebagai Yasmin Aryana@Mia. Dia cantik kannn ?
Gambar ni masa pelancaran filem ni. Aku tak tahu la kalau dia da pakai tudung or tak. Tapi,kalau dia pakai tudung nampak comel sangat. =) *sokong artis yang pakai tudung*
#Komen : Okeyh,bagi aku cerita ni sangat-sangat besttt. Jalan cerita dia not bad laa. Tapi aku suka cerita ni. Cerita ni berjaya wat aku senyum,menangis and ketawa sorang-sorang. heee. 4 bintang!!#
No comments :
Post a Comment