Assalamualaikum.
actually,aku pergi ke masjid kristal pada hari jumaat hari tu dah. tapi disebabkan kekangan masa dan halangan-halangan tertentu,aku tak dapat nak tulis entry pasal ni. today,baru la aku dapat menulis. heee. *sibuk bebenor kan kau wana*. okeyh,sebenarnya kan aku tak tahu pun ayah aku nak pi masjid kristal. aku ikut ayah aku sebab ayah aku cakap nak gi makan rfc.*ayammm* dah lame kottt tak makan. haha. terliur punya pasal aku ikut la. tapi just aku,adiq aku,mak dengan ayah je yang pergi. yang lain just kirim je. malas kot nak pergi jalan-jalan.
memandangkan hari tu hari jumaat,so terpaksa la berhenti kat masjid tuk ayah aku solat jumaat. kitorang bertolak dari rumah pun dalam pukul 11 lebih. agak lewat la kan. berhenti pun area-area dungun tak silap aku. tak ingat dah nama masjid tu. tapi cantik and bersih. time giliran aku nak pergi sembahyang tu,ade la budak-budak imtiaz. tapi sumenya pakai purdah. aku tak tahu la pulak kalau ade budak imtiaz yang pakai purdah. maybe bukan imtiaz la tu kott. aku main teka jee. heee. tapi serius aku cakap memang sejukk sangatt mata aku bila tengok orang berpurdah. *insaf sekejap* hehe. terasa la betapa kerdilnya aku nie. cehhh. hehe. tapi ade sorang budak tu,memang comel sangattt. haiyoo. cute-cute.
then,dalam pukul 4 lebih kitorang sampai kat rfc. makan nasi herba. tak best langsung! tak suka tak suka. aku nak makan ayam jeeee. lagipun mase tu aku da kenyang. da makan keropok before pergi ke sana, tapi yang aku geramnya dapat ayam kecik-kecik jeee. huwaaa. emang geram la. terus takde mood nak makan. tapi makan jugak. eksyen je lebih. haha. dah rezeki depan mata kan. makanan coleslaw la yang aku paling suka kalau pergi kat rfc. sedap sangatttt. rasa-rasa macam sayur kobis + susu cair/mayonis kot. yumm yumm.
lepas habis je makan,ayah aku ajak pergi masjid kristal. ape lagi suka la aku. korang tau tak ? aku ni nama je anak jati terengganu,tapi dalam terengganu pun belum habis jelajah lagi. haha. aku ni jarang pergi jalan-jalan. kadang-kadang aku suka dup rumah. *malasss* tapi ni bukan kali pertama aku pergi sana,da nak masuk kali ketiga rasanya. macam tu lah. kitorang pergi sekejap ajee. ambik-ambik angin je. hehe. tak sempat mane nak snap gambar. tujuan sebenar ayah aku pergi kt tu nak pergi rumah kawan dia. so,ayah aku ajak la pergi masjid kristal sekejap. wat syarat je punn. bukan pergi lame punn.
then,pergi rumah ayah kawan aku dapat la 8 ringgit. haha. terima kasih la pak cik. *segan pulak* dah besar kann. hehe. otw nak sampai kat rumah,sempat lagi ayah aku makan kat kedai. macam mana la tak besar aku nih. banyak sangat makan. tapi aku tak order pun makanan. tak ley nak makan dah. just makan yang orang punya jee sikit-sikit. boley tahan la makanan dia. tapi air epal dia sangat sedap. aku bagi 5 bintang. ekeke. ^^ then,balik tidurrr. haha.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment