Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinanti-nanti oleh semua umat islam. nak tahu sebab ape ? sebabnya bulan ramadhan ade pelbagai kebaikan,keberkatan dan yang paling istimewa,bulan tersebut hanyalah datang sekali setahun. so,why not kita gunakan satu bulan nie. hanya satu bulan keyhh untuk mencari sebanyak mungkin pahala. wat kebaikan dan tinggalkan mana yang buruk. itulah yang disuruh oleh agama Islam. Jom,kita intai sikit Kelebihan Bulan Ramadhan nie. =)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1.Bulan Keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tak pernah lari dari melakukan dosa. Rebutlah peluang yang ada depan mata kita keyyy. pohon la keampunan kepadaNya,insyaAllah dosa-dosa kita akan diampunkan.^^
2.Diturunkan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesapa yang melakukan amalan pada malam ni akan digandakan pahalanya.
3.Diturunkan Al-Quran iaitu pembimbing kepada umat Islam supaya tak tersesat. Disebabkan itu,kita digalakkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran semasa bulan Ramadhan nanti.
4. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya.
5. Semasa bulan Ramadhan,syaitan akan diikat dan tak dapat menghasut manusia wat kejahatan. Jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia adalah berpunca dari nafsu semata-mata. Kawallah nafsu anda dengan amalan kebaikan.
6. Amalan yang di wat akan dilipatgandakan pahalanya. so,berebut-rebutlah kita untuk mencari pahala. Perbanyakkan amalan sunat dan perbaiki amaln wajib kita.
7. Bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan lain kerana pada bulan ini,Allah mengurniakan banyak keberkatan dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya.
Itulah serba-sedikit kelebihan Bulan Ramadhan yang penuh berkat itu. Semoga kita kan mendapat banyak manfaat dan memperbaiki mana kekurangan yang ada pada bulan Ramadhan. InsyaAllah. Sama-samalah kita mencari keberkatanNya. and tak lupa juga,'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK' kepada semua umat Islam.
No comments :
Post a Comment