Wana Wonderland: Penjelasan Lisa Surihani Isu Guna Nama Lariskan Produk!

Penjelasan Lisa Surihani Isu Guna Nama Lariskan Produk!



Pelakon dan juga pengacara, Lisa Surihani tampil memberikan penjelasan selepas gambar miliknya telah diambil tanpa kebenaran untuk tujuan melariskan produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di Malaysia, SNE.

Lisa turut menegaskan bahawa dia merupakan duta produk Garnier Skin Naturals dan berharap agar pihak Beutskin memperbetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini.

Antara petikan yang diambil dari laman facebook Lisa Surihani sendiri,

"Bagi pihak Lisa Surihani kami ingin menjelaskan yang Lisa Surihani bukan seorang pengguna produk SNE. 

Kami telah menemui pihak SNE untuk berbincang perkara yang lain dan bukan untuk membeli produk SNE.

Disini kami meminta agar pihak SNE atau pemilik laman Beutskin SNE Healthcare tidak menguna nama atau gambar Lisa Surihani untuk mempromosikan produk mereka. 

Diharap juga agar pihak SNE atau pemilik laman tersebut memperbetulkan kenyataan-kenyataan dilaman mereka supaya tidak menimbulkan salah faham atau kekeliruan pembaca atau pengguna produk SNE dengan cepat mungkin. 

Lisa Surihani ialah pengguna dan duta untuk produk Garnier Skin Naturals.

Setahu kami, duta sebenar yang telah diumumkan secara rasmi hanyalah Scha Al- Yahya. "



2 comments :

Farah Waheda Wahid said...

ini mesti kes petik nama sebab terlalu xcited bila lisa risik2 produk diaorang and buat assumption yang lisa dah guna product diaorang...kalau nak guna celebrity sebagai duta pun...at least buatlah through proper channel...

wana wazm said...

tu lah pasal. lain kali kena tnya tuan punya badan dulu. jangan main redah jea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...