Wana Wonderland: Wan Rul Puppet Juara Mimpi Ke Bintang

Wan Rul Puppet Juara Mimpi Ke Bintang




 Pasangan kembar, Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, 24, dinobatkan sebagai juara pertandingan terbitan RTM iaitu Mimpi Ke Bintang musim pertama pada malam Sabtu.
Syazwan dan Syazrul yang menubuhkan kumpulan Wan Rul Puppet berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Mempertaruhkan persembahan berbentuk muzikal menggunakan boneka, pasangan daripada Sabah ini berjaya menarik perhatian juri dengan sketsa menarik menggunakan lagu-lagu penyanyi lagenda seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Mimpi Ke Bintang turut menobatkan kumpulan Roku Steps sebagai naib juara manakala The Siblings Band di tempat ketiga.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi dan hadiah sampingan.
Dalam pada itu, Syazwan berkata, buat masa ini mereka tidak bercadang untuk meneruskan karier di Kuala Lumpur sebaliknya ingin kembali ke Sabah untuk mencipta nama di tempat asal mereka.
Jelas Syazwan, mereka mahu membina kerjaya di sana terlebih dahulu namun tidak menolak sekiranya mendapat tawaran di Kuala Lumpur.
"Rasanya kami ingin mencipta nama di Sabah terlebih dahulu tambahan pula sebelum ini kami memang sering membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan ingin meneruskan karier sebagai pemain boneka.
"Duit kemenangan yang kami terima juga akan digunakan untuk membuka syarikat sendiri dan membeli lebih banyak boneka yang perlu ditempah khas dari Amerika Syarikat," jelasnya.
Sementara itu, Syazwan berkata, mereka mahu mempopularkan komedi dan sketsa menggunakan boneka di Malaysia memandangkan masih tidak ramai yang melibatkan diri.
Mula terlibat dengan komedi boneka sejak berusia 15 tahun, Syazwan memberitahu mereka mempelajari teknik suara menerusi laman Youtube dan latihan secara berterusan.
Komen :
Tahniah diucapkan kepada Wan Rul Puppets. Bagi aku , diorang memang layak menang sbab persembahan diorang mantap dan sangat-sangat best. lagipun , bukan senang nak mencari bakat yang diorang ade tu. satu dalam sejuta kot. sungguh unik. =')


2 comments :

selipar putih said...

fui banyaknya hadiah dia..tak pernah tengok pun rancangan ni..

P#eoniX said...

owh!!!pemain puppet tuh jd juara...fuh!!tp,memang berbakat...penah tengok skali..heheheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...