Wana Wonderland: Murtad 21 Tahun Kerana Cinta

Murtad 21 Tahun Kerana Cinta



Murtad
Seremban – Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.
“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.
“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.

p/s - Alhamdulillah , semoga dia akan terus istiqomah terhadap agama Islam. =')

6 comments :

Alien Ohsem said...

Alhamdulillah. Syukur she got hidayah from The Only One. Ada jugak yg buat salah, tp tk smpt nk bertaubat. Depends on oneself how he/she decorates his/her own future.

Nadiah Ashikin said...

Bagus lah dia dah balik pangkal jalan.. yg kita ni w'pun memang terlahirnya sebagai islam pun masih buat dosa..

combi said...

agama Allah sebail2 agama :)

Shakirah Rosli said...

syukur. semoga dia tetap diberi bimbingan Allah :)

Iha Zaliza said...

Alhamdulillah.. ujian selalu hadir pada hambaNya yang dikasihi. Moga beliau terus tabah.. :)

marniey zul said...

alhamdulillah, allah masih bagi dia peluang utk taubat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...