Wana Wonderland: ADAM CORRIE HILANG PUNCA REZEKI SELEPAS DITUDUH SERTAI PAS

ADAM CORRIE HILANG PUNCA REZEKI SELEPAS DITUDUH SERTAI PAS



adam corrie
Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS.
Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
“Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.
Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi.
Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon
Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan.
Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan.
“Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga.
“Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral.
“Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf,” ujarnya. 
Sumber : The Faceblog
p/s - kesian sangat kat Adam , dia hanya nak menambah ilmu agama , tapi disalahertikan. haish. -,-

8 comments :

Adilah Asari said...

alahai kesian adam..
orang masuk Islam nak tuntut ilmu lebih, pihak yang tak bertanggungjawab pulak buat hal..

Farah Waheda Wahid said...

kesiannya adam corrie...moga2 beliau lebih tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan dari Allah ni...tak per bila tertutup satu pintu rezeki, In Shaa Allah, Allah akan bukakan pintu rezeki yang lain pula....

Unknown said...

apalah salah dia sampaikan orang buat dia camtu? dia nak tambah ilmu, senang2 aje nak manipulasikan gambar dia.. kalau ya pun, dapatkanlah pengesahan daripada pihak Adam sendiri.. hurm...

Shakirah said...

kesian ..dhla muallaf. umat islam benar2 keterlaluan buat seorg muallaf mcm ni. pndg hina pada diri sendirilah sblm menuduh org bukan2 Astaghfirullah

Unknown said...

Kenapa semua yang di kaitkan dengan PAS mesti salah dan mesti dihukum.... Busuk nya hati manusia..!

Naly said...

kesian dia kan..

Unknown said...

terlampau pula mereka ni, kesian kat adam. harap akan selesai dgn segera.

Ainim Rashihah said...

Astaghfirullahalazim.. Jangan la suka manipulasi perkara-perkara macam ni. Tolong jangan politikkan sesuatu perkara tanpa usul periksa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...