Wana Wonderland: Najwa Latif Berduet Dengan Wang Lee Hom Di Genting Higlands

Najwa Latif Berduet Dengan Wang Lee Hom Di Genting Higlands


najwalatif-wangleehom
Najwa Latif bolehlah dianggap sebagai insan yang sangat bertuah apabila diberi peluang selaku pasangan duet semasa konsert artis berkelahiran Amerika, Wang Lee Hom di Malaysia baru baru ini.
Tanggal 29 Mac 2013 mencipta satu sejarah buat penyanyi Najwa Latif setelah menjadi artis jemputan dalam konsert Wang Lee Hom yang diadakan di Genting Higland baru-baru ini.
Tanpa diduga Najwa, lagu covernya yang berjudul “Ni Bu Zhi Dao De Zhi” yang di muat naik melalui youtube beliau telah menarik perhatian penyanyi asal lagu ini iaitu Lee Hom, sekaligus menjemput Najwa untuk menyanyikan lagu itu di konsertnya “MusicMan 2”.
Selain menyanyikan lagu ini Lom Hom juga memberi perhargaan kepada Najwa untuk menyanyikan lagu seniman agung Tan Sri P.Ramlee “Getaran Jiwa”.
“Jika sebelum ini Najwa diberi peluang untuk berduet dengan Greyson Chance pada 2011. kali ini dapat pula berduet dengan Lee Hom dan ianya merupakan satu lagi penghargaan terbesar yang hadir dalam diri Najwa pada untuk tahun ini sepanjang bergelar artis. Siapa sangka lagu cover yang Najwa upload dekat youtube telah menarik perhatian Lee Hom sendiri.” Ujar Najwa teruja.

3 comments :

Unknown said...

Lee Hom x)! hehe

wana wazm said...

hehe , sy x brapa kenal. =)

Shakirah said...

wahh dgn lee hom ^^,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...