Wana Wonderland: Pelajar UM Umur 23 Mencabar Najib Di Pekan #PRU13

Pelajar UM Umur 23 Mencabar Najib Di Pekan #PRU13



KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) hari ini mengumumkan Penyelarasnya, Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian sebagai calon yang akan diturunkan di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman calon mahasiswa itu dibuat oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

“Mahasiswa nekad membuat keputusan untuk terlibat secara langsung dalam pilihan raya paling penting dalam sejarah Malaysia ini dengan menghantar calon di (kerusi) Parlimen Pekan, bertembung dengan Najib Tun Razak.

“... oleh kerana Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menyahut tuntutan kami mereformasikan pengajian tinggi, kami tidak teragak-agak untuk berdepan dengan calon mereka di Pekan nanti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, calon tunggal mahasiswa itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan sains politik Islam Universiti Malaya (UM).

Menurut Bukhiary, penglibatan mahasiswa pada pilihan raya kali ini bukanlah sebagai “pengacau” seperti yang dilabelkan sesetengah pihak.

Sebaliknya beliau menegaskan, mahasiswa cuba memanfaatkan ruang demokrasi itu sebagai manifestasi kebangkitan rakyat termasuk golongan pelajar dengan membawa manifesto “mereformasikan hala tuju pengajian tinggi negara.”

Ditanya sama ada matlamat mahasiswa bertanding di Pekan semata-mata untuk memberontak terhadap kepimpinan Najib, beliau menafikannya.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya mahu tuntutan mereformasikan pengajian tinggi didengari dan mendapat perhatian kerajaan baru yang akan dibentuk selepas PRU13 nanti.

# Waa , hebat ni. sama-sama la kita tengok , sape yang menang! hehe


5 comments :

Farah Waheda Wahid said...

wah gitewww....

by the way...kakak nak jemput...

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

CiK Bella said...

Terbaik, student skrg mmg makin berani

wana wazm said...

hehe , okeyy. thanks invite kaq. =)

wana wazm said...

yupp , betul2.

Neo Zora said...

kecewa.. sembang lebat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...