Adam Azfar Mohd Jimadie Shah - anak sulung kepada penolong pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini - meninggal dunia pada jam 10.11 pagi ini di rumahnya di Puchong.Anak kecil berusia enam tahun itu kembali ke rahmatullah selepas tujuh bulan bertarung melawan barah 'Pontine Glioma' yang tumbuh betul-betul di bahagian tengah otaknya.
“Adam akan dikebumikan di sini petang ini. Kawan-kawan ramai yang hadir ke rumah pada ketika ini,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi pagi ini.
Adam Azfar menjalani 30 sesi radioterapi dan dibekalkan dengan ubat-ubatan sejak ketumbuhan tersebut dikesan pada awal November lalu.
Pada awal bulan itu, Adam dimasukkan ke Hospital Serdang selepas mengalami muntah-muntah dan sukar berjalan.
Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan mengidap ketumbuhan sepanjang 2.5cm itu.
Jenazah Adam Azfar disembahyangkan di Masjid Al-Syakirin, Puchong Utama dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 14 Puchong pada kira-kira jam 4.35 petang ini.
p/s - Al-Fatihah. Sesungguhnya mati itu pasti , sama ada cepat atau lambat. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Tersentuh hati aku bila baca penderitaan budak ni. Semoga ibu bapanya reda dengan pemergian anaknya. Kita yang diberi nikmat untuk hidup perlulah sentiasa bersyukur. =)

1 comment :
Al-fatihah..allah lebih sygkan dia
Post a Comment