KUALA LUMPUR: “Dia sudah berubah… seperti anak derhaka,” luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu.
“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri.
Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.
Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
“Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.
“Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.
“Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.
“Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,” katanya.
Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya.
Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua?
Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media.
Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan.
“Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni.
“Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya,” katanya.
Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah.
“Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu,” katanya sedih.
Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media.
“Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini?
“Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi,” tegasnya.
p/s - jangan lah lupa kasih sayang ibu yang selama ini berusaha menjaga kita tanpa kira penat lelah. kalau cerita ni betul , saya harap Afiq akan berubah.
2 comments :
biar betul? gila r! tak baik buat ibu macam tue...
muda lagi mamat ni rupanya...erks...muka nampak innocent... maybe darah muda or jiwa remaja ni...tapi x ley cakap jugak...takkan sampai lupa diri cenggitu sekali...haihh...tulah hati manusia ni x boleh nak jangka...nampak innocent tapi sebaliknya...
dah macam cerita si tanggang pulak...semoga si Afiq ni cepat tersedar dari ketelarutan beliau... ibu tu ibu... setiap doa ibu tu makbul kot untuk anak...
Post a Comment