Tidak henti-henti kritikan yang diterima oleh Fasha Sandha berkenaan isu penjagaan diri sewaktu berpantang. Terbaru, melalui gambar yang dimuat naik oleh Fasha yang menunjukkan beliau sedang memandikan anaknya sambil bersila mendapat respon dari peminatnya.
Terdapat juga peminat yang menyarankan agar Fasha memandikan anaknya dalam keadaan berdiri dan meletakkan tab mandi di paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dibawah merupakan pendapat yang diberikan oleh peminat Fasha terhadap perbuatannya itu.
Sementara itu, ada juga peminat yang menyokong tindakan Fasha Sandha itu yang disifatkan sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana berani memandikan cahaya matanya sendiri dalam usia yang masih kecil.
p/s- Kesian Fasha , lepas satu , satu kena hentam. Haish , kalau nak bagi nasihat pun , gunalah ayat-ayat yang tak kasar. nasihat dengan cara yang betul , tak salah pun. just jangan main hentam je. =)
1 comment :
Biasa lah manusia... Ada je nmpk keburukan org lain...
Post a Comment