Nampaknya Hattan tidak pernah menjadikan kegagalan rumahtangga sebelum ini untuk bernikah sekali lagi & kali ini Hattan seperti di’khabarkan sebelum ini kembali bersama bekas isteri pertama.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Hattan mengesahkan yang beliau akan menikahi Arianie Mohd. Abidin pada tanggal 15 Ramadan ini dan memilih tarikh itu kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama sama.
“Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie),” jelas Hattan tentang keputusan beliau.
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Tambah Hattan lagi, majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana & tiada sebarang hantaran dirancang. Tahniah di’dahulukan buat Hattan & Arianie, semoga kekal selamanya kali ini.
No comments :
Post a Comment