Wana Wonderland: Jimmy Shanley Mahu Bekas Isteri Dipenjarakan

Jimmy Shanley Mahu Bekas Isteri Dipenjarakan





Krisis kisah rumahtangga pengacara Jimmy Shanley dan bekas isterinya berterusan apabila Jimmy memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital agar Nursuhaila Eliani Suhaimi dipenjarakan atas dakwaan mengingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahrah Rania.
Dipetik daripada laporan akhbar Kosmo!, Jimmy memfailkan permohonan tersebut menerusi peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.
Jimmy sebelum ini telah diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu.
Walaubagaimanapun Jimmy masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa kerana cubaannya untuk mengambil anak mereka sebanyak tiga kali itu tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila. 
"Apabila saya hendak ambil anak, ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara.
"Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu," jelas Jimmy.
Mohd Noor Azian turut memberitahu, Nursuhaila telah memfailkan permohonan menggantung perintah mahkamah dan kes akan disebut pada hari Khamis ini.
Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man telah memberikan hak penjagaan penuh anak tunggal mereka kepada Nursuhaila.
Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai secara tebus talak bernilai RM1 pada 10 Oktober 2012.

1 comment :

Nurfaezah Abdullah said...

ada2 aje huhu bila la nak berdamai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...