Johan As'ari Akui Hatinya Sudah Dimiliki Oleh Kakitangan Syarikat Penyiaran
Bekas kekasih Nabila Huda , Johan As'ari mengatakan yang hatinya kini dimiliki oleh seseorang tetapi tidak mahu mendedahkan siapa perempuan itu.
“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat.
“Antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama. Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya.
“Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat,” katanya riang.
Alhamdulillah , nampaknya dia mendapat seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. sama-sama lah kita doakan kebahagiaan Johan. semoga cepat-cepat naik pelamin. ye dakk ? =)
2 comments :
wah, tak sabar nak tau siapakah perempuan itu? weeee..
untung lah johan dapat isteri yg jaga solat macam tu :)
Post a Comment