Wana Wonderland: Shahz Jaszle Diperangkap Rakan Sendiri.

Shahz Jaszle Diperangkap Rakan Sendiri.



Selepas berdiam diri dari memberikan sebarang kenyataan kepada media sejak ditangkap khalwat minggu lepas, pelakon popular drama, Shahz Jaszle akhirnya mula membuka mulut.

Bercakap kepada mStar Online pada Isnin, Shahz Jaszle tidak mahu bercerita lebih panjang berkenaan isu tangkapan khalwat beliau kerana ianya sudah pun menjadi kes mahkamah.

“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.”

Tunang kepada Redwani Puteri ini memberitahu bahawa ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan itu beliau bukan berdua seperti yang diberitahukan kepada umum tetapi terdapat lima orang lain di dalam rumah berkenaan.

Menurut Shahz Jaszle lagi, beliau telah pun menceritakan perkara sebenar kepada ahli keluarganya termasuk tunang, Redwani Puteri dan mereka yakin bahawa ianya satu perangkap untuk menjatuhkan populariti beliau.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.” - Rotikaya

p/s - Apa-apa pun kebenaran akan terbongkar jugak nanti. kita tunggu jela. yang mana betul dan salah kita serahkan kepada pihak mahkamah. tu lah sebabnya kita tak boleh tuduh melulu. =)

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...